Siapa Besar Dia Raja....d'jalan raya!!!

Satelah aku mengalami kesesakkan lalu lintas akibat banjir kilat d'jalan Sungai Buloh, aku berhajat untuk pergi ke Jalan Ipoh ikut jalan lama iaitu Pekan Batu Lima, dalam masa kesibukan lalu lintas aku memandu dengan kelajuan yang sederhana, sesampai d'kwasan Pekan Batu Lima tiba-tiba sebuah lori membelok ke lalui jalan yang aku lalui, dengan segera aku memberekkan motor aku, ini menyebabkan aku terjatuh dijalan raya, adoh!!!! sakitnya... aku ! ! ! aku geram sikap pemandu lori tu, aku tengok dia mendiamkan diri aje, tak fikir nak tolong aku yang tertiarap dijalan raya. Apa lagi aku bangun tak hiraukan kesakitan terus memberikan hadiah istimewa untuk nyer. berlaku insiden itu orang ramai mula berkerumun, semua orang menyalahkan sikap pemandu lori yang kurang ajar tu, dia kira dia bawa lori jadi dia tak pedulikan orang lain......
Kawan-kawan tengok la tu, aku nak ambil gambar dia dia cuba melarikan diri, oang nyer dah tua juga cam aku gak, tapi bawa kenderaan (lori) dia ingat dia besar dia raja di'jalan raya. Itu la sikap siapa besar.....
Hem.... naya jer aku !!!!! , tengoklah motor aku tu, habis bercalar tergaras kat jalan raya, aku yang panas ati bukan pasal apa!! kalau dia dah tengok aku menyembah jalan raya tu, turun lah tolong aku, dah la tangan kanan aku ni tak berapa berupaya lagi... , aku lika sikit bercalar jer. nasib baik disebelah tangan kanan, kalau tangan kiri naya aku....
Ini lah tempat yang berlakunya peristiwa tu.... Alhamdulillah boleh dikatakan aku selamat, kita ni... kalau jalan laluan kita sekali pun tapi kalau naik Motor tu, kena berhati-hati gak, yang "SIAPA BESAR DIA RAJA" sikap pemandu yang tak berhemah (kurang ajar), dia tau dia ajer ! ! dia tak ingat orang lain.....
Jalan agak lembab, salah satu sebab aku boleh jatuh sebab licin, tapi lori tu dah hampir-hampir betul dengan aku, aku aku bertembung dengan lori tu,tak tau la nasib aku.... kawan-kawan yang mengunakan motosikal, kita mesti sentiasa berhati-hati walau pun kita anggap kita betul.
Jumpa lagi d'lain Celoteh Tok Misai...... tapi x bermisai pun he he....

No comments:

Post a Comment